News
Members Balance Enquiry

 

Koperasi Polis Diraja Malaysia Sarawak Berhad (KOPODIMS)             

Pengenalan

Koperasi Polis Diraja Malaysia Sarawak Berhad (KOPODIMS) ditubuhkan pada 6 September 1949 sebagai Sarawak Constabulary Co-operative Thrift And Loan Society Limited dengan keahlian seramai 204.

KOPODIMS mengambil nama dan bentuknya sekarang pada 13 Februari 1976 berikutan perubahan struktur Pasukan Polis Sarawak apabila menjadi sebahagian daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia, dikenali sebagai Kontinjen Sarawak.

Sekarang KOPODIMS mempunyai lebih 3,500 orang anggota diseluruh Sarawak.

Keanggotaan

Keanggotaan adalah terbuka kepada kakitangan-kakitangan dan bekas kakitangan di Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah─

(a)                warganegara Malaysia;

(b)                telah mencapai umur lapan belas tahun;

(c)                 bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam

        kawasan operasi Koperasi ini; dan

(d)        bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana Koperasi dalam tempoh satu tahun.

Matlamat

Penubuhan KOPODIMS mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggota-anggota melalui konsep berkoperasi, iaitu satu konsep kerjasama sejagat yang telah terbukti berjaya diamalkan di seluruh dunia.

Untuk mencapai matlamat ini KOPODIMS dibenarkan bergiat dan melibatkan diri, di antara lain, dalam perkara-perkara berikut :-

1.                   Menerima simpanan berulang , simpanan khas dan lain-lain simpanan dalam bentuk pemotongan gaji dan tunai.

2.                   Memberi pinjaman kepada anggota untuk tujuan-tujuan yang boleh mendatangkan hasil atau mana-mana tujuan yang mustahak dengan faedah yang berpatutan.

  3.                   Bertindak sebagai wakil pertubuhan-pertubuhan perniagaan, perdagangan dan kewangan.

 4.                   Mengadakan perkhidmatan kepada mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan dengan mengenakan bayaran yang berpatutan.

 5.                   Memperolehi, mengada dan menggerak harta sebagaimana difikirkan perlu.

 Syarikat Usahasama

 KOPODIMS mempunyai syarikat usahasama yang mempunyai rangkaian kedai di Kuching dan Sibu. Kedai-kedai ini menjual barangan elektrik, barangan tele-komunikasi seperti telefon bimbit, perabot, motosikal dan barangan komputer dengan harga berpatutan secara tunai atau ansuran. Anggota boleh membeli secara ansuran melalui potongan gaji yang diuruskan oleh KOPODIMS.

 Melalui usahasama ini KOPODIMS mendapat komisen tiap-tiap bulan.

 Berikut adalah senarai syarikat usahasama seperti dibawah :

 Kuching

      1.       Universal Chen Hak Sdn Bhd

       35, Carpenter Street 93000 Kuching

 2.       LGS Furniture Company

      No. 49, Jalan Padungan Kuching

     3.       Chilli Electrical

     Ground Floor, Jalan Pending Kuching

     4.       Tong Seng Computer

      Ground Floor, Sublot 6, Lot 2612 Jalan Gold Jade Kuching

     5.       Tong Seng Motor

      Ground Floor, Sublot 6, Lot 2612 Jalan Gold Jade Kuching

 Sibu

     1.       Citycom Telecommunication Company

       No. 51, Kampong Nyabor  96000 Sibu


KOPODIMS menyediakan Pinjaman kepada anggotanya dengan jumlah maksimum RM7,000.00. Pinjaman ini tidak memerlukan penjamin dan tempoh bayaran balik boleh dibuat hingga 48 bulan dan dibuat melalui potongan gaji.

Insuran Berkelompok

KOPODIMS adalah prihatin kepada kesejahteraan dan kebajikan anggotanya dan keluarga. Untuk ini ia bersama dengan sebuah syarikat insurans nyawa tempatan yang terkemuka, CIMB Aviva telah menubuhkan satu skim insurans berkelompok untuk memberi perlindungan kepada anggota-anggota daripada sesuatu yang tidak diingini.

Dengan bayaran premium bulanan yang tidak membebankan anggota-anggota boleh mendapat perlindungan yang cukup tinggi dan memuaskan.

Syarikat Insurans TM Asia Life (M) Berhad

Sebuah lagi  syarikat usahasama KOPODIMS, TM Asia Life (M) Berhad yang menawarkan skim insuran nyawa (Life Insurance) kepada anggota KOPODIMS.

Dividen Dan Bonus

Keuntungan tahunan Koperasi boleh dinikmati oleh anggota melalui pembayaran didviden dan bonus ke atas modal saham dan modal yuran angota.

 

Tabung Khairat Kematian

Tabung ini bertujuan memberi bantuan segera kepada anggota sekiranya anggota atau isteri / anak anggota yang meninggal dunia,

Tabung khairat ini adalah RM1,000.00 untuk anggota  dan RM120.00 untuk isteri anggota dan anak anggota yang meninggal dunia.

Bagaimana Memohon Menjadi Anggota ?

Permohonan menjadi anggota boleh dibuat dengan mengisi borang khas yang disediakan. Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dengan yuran masuk RM10.00 dan salinan slip gaji terbaru kepada :

 

 

 

Pejabat KOPODIMS

Lot 193, Tingkat 1

Seksyen 2, Jalan Kulas/Satok 93400 Kuching

SARAWAK

[ Home ]  ] Members Balance Enquiry ]

Copyright 2009 Koperasi Polis Diraja Malaysia Sarawak Berhad (KOPODIMS)
Last modified: 05/06/09